Saturday, 29 March 2014

PROGRAM SANTAI BERSAMA PEMIMPIN

29 Mac 2014
Hotel Seri Malaysia
Melaka

Bersantai bersama Tuan Presiden GPMS Jais Abdul Karim dan Datuk AB Rauf Yusoh (Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah) di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh Melaka. Program bertujuan memantapkan perjuangan GPMS dan hala tuju orang Melayu. Antara petikan ucapan adalah " Takkan Melayu Hilang Didunia, Selagi mana orang Melayu mengamalkan adat Melayu dan ajaran Islam " serta ungkapan
 " Melayu jangan MALU jadi Melayu "


























Saturday, 22 March 2014

PROGRAM SEHARI BERSAMA ANAK YATIM AL-TAM

22 Mac 2014
Rumah Anak Yatim Al-Tam
Teluk Mas

Program Sehari Bersama Anak Yatim Al-Tam buat julung kalinya GPMS Caw Khas KAYM bekerjasama dengan Kelab Bimbingan Siswa ICYM. Bertempat di Rumah Anak Yatim Al-tam, Teluk Mas pada 22 Mac 2014, Seramai 12 Fasilitator telah mengambil bahagian dalam program yang bertemakan santai ini. Seramai empat orang yang mewakili Kelab Bimbingan Siswa dan selebihnya merupakan ahli persatuan GPMS sendiri. Pelbagai permainan dan aktiviti telah dijalankan seperti gotong-royong, melukis poster #PrayForMH370, dan lain-lain. Perjalanan program sangat cermelang apabila kerjasama penuh diberikan oleh Rumah Anak Yatim kepada pihak Fasilitator dengan dibantu oleh beberapa guru dan ustaz yang turut mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Semoga hubungan pihak GPMS dengan Kelab Bimbingan Siswa dapat diteruskan lagi dengan aktiviti akan datang.












Friday, 21 March 2014

PENGLIBATAN GPMS CAW KHAS KAYM DAN MPP KAYM DALAM PROGRAM WACANA TRANSFORMASI PATRIOTIK DAN PERPADUAN NASIONAL SERTA MAJLIS PELANCARAN KEM RAKAN REMAJA PATRIOTIK 2014

21 Mac 2014
Dewan Sek Men Keb Seri Tanjung
Melaka

Program Wacana Transformasi Patriotik Dan Perpaduan Nasional Serta Majlis Pelancaran Kem Rakan Remaja Patriotik 2014 telah mengambil tempat di Dewan Sek Men Keb Seri Tanjung. GPMS serta barisan MPP KAYM telah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis berbentuk patriotik tersebut. Antara tetamu yang hadir adalah YAB Datuk Seri Ir. Haji Idris bin Haji Haron (Ketua Menteri Melaka), Dr. Fathul Bahri bin Mat Jahya (Penasihat Syariah TEKUN National), Ybhg Prof (Adj) Datuk Dr. Haji Mohd Jamil bin Mukmin (Pengerusi IKSEP) dan Prof Datuk Dr Teo Kok Seong (ATMA UKM) dan Rakan Remaja Patriotik IKSEP.