Thursday, 17 September 2015

PROGRAM JEREBU DAH TERUK IV KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA

17 September 2015
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Melaka

Dengan keadaan pencemaran udara yang kian meninggi IPU yang dicatatkan, GPMS Caw Khas KAYM ada mengedarkan topeng jerebu kepada pelajar-pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka dengan bertujuan sebahagian langkah berjaga-jaga dan dasar prihatin agar manfaat kepada mahasiswa/wi dapat disampaikan dan mampu membendung penyakit daripada kesan jerebu seperti sakit tekak, sukar bernafas dan lain-lain. 











Wednesday, 16 September 2015

PROGRAM JEREBU DAH TERUK III TADIKA GENIUS KHALEEFA

17 September 2015
Tadika Genius Khaleefa
Batu Berendam

Dengan bacaan IPU yang dicatat tidak sihat oleh pihak Kementerian Kesihatan, GPMS Caw Khas KAYM terasa terpanggil untuk mengerjakan program amal dengan mengedarkan topeng jerebu atau 'mask'  bagi menggalakkan penggunaan topeng jerebu yang seharusnya diwajibkan kepada semua masyarakat tidak mengira umur sewaktu pencemaran jerebu berlaku. Hal ini amat penting sebagai satu kesedaran kepada masyarakat akan bahayanya jerebu. Seperti tahun-tahun suduh, GPMS Caw Khas KAYM akan mengadakan program edaran topeng jerebu dan kali ini merupakan edaran kali ketiga yang diadakan di sebuah tadika iaitu Tadika Genius Khaleefa dimana kami merasakan bahawa pentingnya kesedaran langkah berjaga-jaga terhadap pencemaran jerebu perlu diserapkan dalam diri mereka terutamanya anak-anak kecil yang mudah mendapat sakit daripada kesan jerebu.

Kali ini, kami mengadakan edaran topeng kepada pelajar tadika serta menunjukkan demotrasi permakaian topeng yang betul dan beberapa lagi presentation yang melibatkan jerebu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan baik.

















Sunday, 13 September 2015

PROGRAM JEMPUTAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PATRIOTISME BELIA MELAKA SEMPERNA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2015

13 September 2015
Menara Taming Sari
Bandar Hilir, Melaka

Semperna bulan kemerdekaan yang kita sambut pada 31 Ogos, pihak negeri melaka dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Melaka telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama Aspirasi Patriotisme Belia Melaka Peringkat Negeri Melaka selama dua hari. Pada hari terakhir iaitu hari ahad, pihak penganjur telah menjemput GPMS Caw Khas KAYM untuk menyertai majlis pelancaran yang turut dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron (Ketua Menteri Melaka). Pada majlis pelancaran ini terdapat pelbagai pameran dan persembahan yang dipertontonkan oleh pengunjung dan peserta. Antara persembahan yang yang dipersembahkan adalah persembahan seni pertahanan diri dari perlbagai kaum misalnya silat, wushu dan Kalaripayattu dan pertunjukkan Tempur Tanpa Senjata sebagai gimik pelancaran majlis.