Wednesday, 28 October 2015

PERTANDINGAN PAINTBALL "MODERN OF WARFARE"

                                                              25 OKTOBER 2015
                                        JALAN SOLOK BUKIT BAYAN, BUKIT KATIL
                                                                     MELAKA

Pada hari ahad yang lepas, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka telah mengadakan satu pertandingan Paintball yang bertempat di Flashpoint Paintball Park, Melaka. Pertandingan ini bermula dari pukul 9 pagi dan tamat pada 2 petang ini telah disertai sebanyak 4 kumpulan dari Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang terdiri daripada wakil Aeronautic Development Center KAYM, Majlis Perwakilan Pelajar KAYM, Karate-Do dan seorang wakil dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas KAYM yang bergabung dengan Kelab Badminton KAYM dimana pertandingan tersebut dimenangi oleh wakil dari ADC KAYM.











Sunday, 18 October 2015

BENGKEL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI IPTA/IPTS ANJURAN TAPEM FORESTAY MELAKA DENGAN BARISAN FASILITATOR KUMPULAN MELAKA BERHAD

16 Sehingga 18 Oktober 2015
Forestay Melaka Kampung Buku
Taman Botanikal Hutan Rekreasi
Ayer Keroh Melaka

Dengan usaha ingin melihat anak melayu menjadi pemimpin yang disegani, menjadi harapan nusa dan bangsa, pihak Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka telah merencana sebuah Bengkel Kepimpinan & Pengurusan Organisasi yang menghimpunkan pelajar-pelajar bakal pemimpin dari 19 IPT yang berbeza. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T bengkel selama 3 hari 2 malam ini berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang perkara yang merosakkan objektif bengkel selain dilihat sebagai peluang keemasan mahasiswa siswi menjadi pemimpin yang berguna pada agama, bangsa dan tanah air apabila setiap modul yang dijalankan mampu mencungkil kemahiran kepimpinan dan tip tip yang berfaedah kepada bakal pemimpin muda lebih-lebih lagi pengkongsian ilmu ini disampaikan oleh tujuh penceramah dan pakar motivasi yang berbeza tetapi miliki ilmu pengetahuan yang tinggi selain dilihat memiliki karisma sebagai rule model kepada mahasiswa siswi untuk menjadi insan bergelar pemimpin yang fasih bercakap dan berwawasan tinggi.

Dengan dibantu pihak fasilitator dari Kumpulan Melaka Berhad menjadikan bengkel ini lebih menarik apabila berlakunya interaksi diantara pihak fasilitator dan peserta dan berjaya melahirkan konsep belajar terus belajar dan perkongsian ilmu dan nasihat berguna.

Pada bengkel ini, pihak Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka telah dijemput untuk menghantar wakil seramai 9 orang pelajar terdiri dari AJK dan AMT kelab dan persatuan yang berdaftar dibawah Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan dua orang Ahli Majlis Tertinggi GPMS KAYM iaitu Ketua Penerangan dan Timb Ketua Penerangan telah melibatkan diri pada bengkel tersebut.

Majlis telah dirasmikan oleh YBHG Datuk Seri Ir Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka dan dihadiri oleh Pengarah TAPEM dan exco exco Negeri Melaka.