Wednesday, 30 November 2016

MANTAN YDP NURAINI BINTI RAJAB DIANUGERAHKAN TOKOH PENGGERAK MUDA GPMS DI PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN GPMS KE 62

25-27 November 2016
Auditorium Dewan Bahasa Dan Pusaka
Kuala Lumpur

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mantan Yang Di Pertua GPMS Cawangan Khas KAYM saudari Nuraini Binti Rajab diatas anugerah yang diberikan iaitu Anugerah Tokoh Penggerak Muda GPMS di Persidangan Agung Tahunan GPMS kali ke-62 di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pusaka Kuala Lumpur. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.



PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN GPMS KE-62

25-27 November 2016
Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka 
Kuala Lumpur

Seperti kebiasaanya, setiap hujung tahun, Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan mengadakan Persidangan Agung Tahunan (PAT) kali ke 62 di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pusaka, Kuala Lumpur. PAT kali ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia. Ramai ahli GPMS diserata semenanjung Malaysia telah hadir dan GPMS Cawangan Khas KAYM tidak melepaskan peluang turut menyertai majlis tersebut.

Yang manisnya PAT pada tahun ini, mantan YDP GPMS Cawangan KAYM saudari Nuraini Binti Rajab turut hadir untuk membentangkan usul malah beliau turut dianugerahkan Tokoh Penggerak Muda GPMS atas jasa-jasa dan pengorbanan yang beliau curahkan didalam GPMS khususnya di KAYM dan dinegeri melaka.






PROGRAM KONVOKESYEN TADIKA GENIUS KHALEEFA 2016

27 November 2016
Dewan MiTC Ayer Keroh
Melaka

Seperti tahun-tahun sebelum ini, GPMS Cawangan Khas KAYM tidak pernah ketinggalan didalam membantu pihak Tadika Genius Khaleefa menguruskan sesi konvokesyen. Untuk tahun ini, sekali lagi pihak Tadika dan GPMS KAYM berkerjasama didalam Program Konvokesyen yang diadakan di Dewan MiTC, Ayer Keroh. 

Tidak banyak berbezaan dengan edisi sebelum ini, pihak GPMS KAYM ditugaskan mengendalikan bahagian teknikal, dan bahagian pengecaraan majlis. Kerjasama ini dilihat penting untuk mengajar ahli GPMS mengendalikan program-program berbentuk formal memandangkan ahli GPMS KAYM kali ini merupakan muka baru maka ia sedikit sebanyak memberikan pengetahuan berkenaan protokol dan sebagainya. Akhir kata, walaupun pucuk kepimpinan GPMS KAYM berubah setiap tahun, kerjasama GPMS KAYM dengan Pihak Tadika Genius Khaleefa diharapkan terus berkekalan hendaknya.











PROGRAM FASILITATOR SEKOLAH KEBANGSAAN TEBONG ALOR GAJAH

17 November 2016
SK Tebong Alor Gajah
Melaka

Alhamdulilah, syukur kita kepada Allah s.w.t kerna dengan izinya, kami GPMS Cawangan Khas KAYM serta pihak GPMS MiCost dapat melaksanakan sebuah program berunsur pendidikan yang diadakan di sebuah Sekolah iaitu SK Tebong Alor Gajah. 

Dengan bantuan pihak sekolah akhirnya program berbentuk fasilitator telah berjaya dijalankan mengikut perancangan. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan dan maklum balas yang diterima juga dari pihak SK Tebong Alor Gajah amat baik.

Kami berharap kerjasama diantara GPMS KAYM dan MiCost mampu diteruskan dan semoga ia menjadi titik tolak kepada GPMS KAYM mahupun MiCost untuk lebih maju lagi dengan program-program kerjasama yang berqualiti dan seiring dengan perjuangan pendidikan yang dijuangkan oleh pihak GPMS Kebangsaan.