Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Thursday, 3 October 2013

PROGRAM SKUAD REWANG GPMS

31 Ogus 2013
Taman Sri Krubong
Melaka

Skuad Rewang GPMS yang di anggotai oleh beberapa orang ahli yang di ketuai oleh Ydp Ismail Fadzil bersama para sahabat GPMS yang lain Syah, Eddy, Farriz, Bedul, Abe, Zam, dan Janggut. Majlis yang bertempat di Taman Sri Krubong telah bermula seawal jam 9.30 pagi sehingga lebih kurang 4.00 petang.
Tahniah Semua diucapkan dan Selamat Pengantin Baru kepada Raja Sehari.
Terima Kasih kerana menjemput Skuad Rewang GPMS.









Wednesday, 2 October 2013

PROGRAM SELAMI DUNIA BARU IV EKSPEDISI PANGKOR

27 September 2013
Teluk Segadas, Pulau Pangkor
Perak

Meneruskan kesinambungan program Selami Dunia Baru yang kini telah memasuki edisi yang ke 4, GPMS caw Khas KAYM telah berjaya membawa Program kali ini jauh ke negeri Perak, yakni di Pulau Pangkor. Dimana program yang diadakan di Teluk Segadas telah dijayakan selama 3 hari 2 malam dan disertai hampir 36 peserta termasuk seorang pengiring yang mewakili bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) KAYM. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari disana antaranya Water Confidence, Pertandingan Tarik Tali, Futsal Pantai, Terompah Kayu, Galah Panjang, Bola Air, Lompat Getah dan Teng Teng. Peserta juga terlibat dengan aktiviti memasak secara berkumpulan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Segalanya berjalan lancar dan telah mendapat maklum balas yang postitf dari semua peserta terutamanya dari pihak HEP.






























Saturday, 21 September 2013

PROGRAM FUTSAL TERTUTUP

21 Ogus 2013
Futsal Spots Planet Cheng

Bertempat di Futsal Spots Planet Cheng, GPMS caw Khas KAYM yang dipimpin oleh Ydp Ismail Fadzil telah mengajurkan sebuah program berbentuk kesukanan. Program Futsal Tertutup yang julung kalinya diadakan telah mendapat pelbagai reaksi dan juga sambutan yang amat luar biasa dikalangan pelajar dan juga GPMS Negeri Melaka. Sebanyak 29 buah pasukan yang terlibat dalam kejohanan Futsal dan rata-rata pemain adalah pelajar baru. Pengambilan pelajar baru sebagai peserta adalah syarat dan objektif utama program kali ini dengan tujuan untuk memperkenalkan GPMS kepada mereka sambil memupuk semangat kesukanan dikalangan pelajar serta semangat kekeluargaan ahli GPMS sendiri. Pelbagai hadiah telah ditawarkan antaranya trofi, sijil, dan wang tunai kepada juara sehingga tempat ke-4.