Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Thursday, 20 February 2014

PROGRAM AWAL MUHARRAM 'PERMULAAN TAHUN ISLAM'

4 November 2013
Madrasah Ar-Syakirin
Taman Perkota


Alhamdullilah, program ini telah berjalan dengan lancarnya seperti yang diharapkan. Program yang telah dilaksanakan ialah Program Awal Muharram ‘ Permulaan Tahun Islam’ 1435 yang telah dilangsungkan pada 4 November 2013 bersamaan 1 Muharram 1435 mengikut tahun islam (Isnin).  Antara objektif program ini dijalankan ialah bagi meraikan sambutan tahun baru Islam ataupun dikenali dengan Awal Muharram. Disamping itu, objektif program ini juga adalah bagi mengenang kisah-kisah bagaimana getir dan sukarnya ujian yang dihadapi oleh baginda Rasullullah S.A.W dan para sahabat semasa berhijrah dari kota Mekah ke kota Madhinah dan bagaimana kalender tahun islam dibentuk. Sehubungan dengan itu, dengan adanya program seperti ini, para mahasiswa/siswi dan komuniti setempat dapat menghayati dan mendalami erti sebenar pengorbanan. Sehubungan itu juga, program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah diantara komuniti dan mahasiswa/siswi GPMS cawangan KAYM. Dengan ini, untuk mencapai objektif Awal Muharram, maka GPMS cawangan KAYM telah merencanakan suatu program yang berkonsepkan Islamik kepada peserta dan penduduk komuniti setempat













Sunday, 8 December 2013

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA DAN QURBAN AIDILADHA 2013

17 Oktober 2013
Madrasah Al-Syakirin
Taman Perkota
Melaka

Semperna Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Qurban yang disambut umat islam diseluruh dunia, GPMS cawangan KAYM dengan julung kalinya telah mengadakan program Qurban yang dijalankan pada hari raya ke-3 di Madrasah Al Syakirin, Taman Perkota. Program ini melibatkan aktiviti seperti gotong-royong membersihkan perkarangan surau, halaman surau, rewang menyediakan sarapan dan makanan tengah hari, melapah, menimbang dan pengagihan daging serta bacaan tahlil.









PROGRAM FORUM BICARA CINTA REMAJA

9 Oktober 2013
Auditorium B
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Melaka

GPMS Cawangan Khas KAYM telah mengadakan satu program yang membincangkan isu perspektif islam iaitu Forum Bicara Cinta yang mengetengahkan soal cinta mereka kepada yang sepatutnya iaitu cinta kepada Allah dan RasulNya.Program ini telah diadakan di Auditorium B, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Pihak GPMS Cawangan Khas KAYM telah menjemput Imam Muda Asyraf sebagai panel jemputan.











GPMS CAWANGAN KHAS KAYM PRIHATIN

26 September 2013
Hospital Besar Melaka
Melaka

GPMS caw. Khas KAYM telah melawat sahabat GPMS Negeri Melaka bersama-sama Pengerusi GPMS Negeri Melaka, En. Marwan bin Abu Kassim. GPMS caw. Khas KAYM sangat prihatin terhadap kesihatan salah seorang sahabat GMPS Negeri Melaka kerana GPMS caw. Khas KAYM mahu merapatkan hubungan silaturahim antara saudara sesama islam.


Thursday, 3 October 2013

PROGRAM SKUAD REWANG GPMS

31 Ogus 2013
Taman Sri Krubong
Melaka

Skuad Rewang GPMS yang di anggotai oleh beberapa orang ahli yang di ketuai oleh Ydp Ismail Fadzil bersama para sahabat GPMS yang lain Syah, Eddy, Farriz, Bedul, Abe, Zam, dan Janggut. Majlis yang bertempat di Taman Sri Krubong telah bermula seawal jam 9.30 pagi sehingga lebih kurang 4.00 petang.
Tahniah Semua diucapkan dan Selamat Pengantin Baru kepada Raja Sehari.
Terima Kasih kerana menjemput Skuad Rewang GPMS.