Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Friday, 21 November 2014

TEAM BRIGADE MUDA GPMS CAW KHAS KAYM - PENGLIBATAN DALAM ICYM BOWLING DAY TOURNAMENT 2014 ANJURAN HEP

22 November 2014
MIBC Ayer Keroh
Melaka

Pada 22 November 2014 (Sabtu), pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) KAYM telah melancarkan sebuah pertandingan bowling yang bertemakan ICYM Bowling Day Tournament 2014 yang bertempat di MIBC Ayer Keroh, Melaka. Di dalam pertandingan bowling kali ini, pihak GPMS Caw Khas KAYM telah menghantar wakil iaitu Team Brigade Muda GPMS KAYM dan telah bertanding didalam pertandingan yang turut dihadiri oleh beberapa team lain.

Antara nama yang mewakili Team Brigade Muda GPMS ialah Naib Yang Di-Pertua 1 saudari Nur Amira Binti Rosli, Exco Logistik Dan Teknikal saudara Ahmad Syahmi Bin Rosli Ahmad, Exco Penajaan saudara Mohd Arif Iqbal Bin Mokhtar dan Exco Khas saudara Izzul Fikri Bin Zainal. Tahniah juga diucapkan kepada Team Manager Brigade Muda GPMS iaitu Naib Yang Di-Pertua II saudara Muhammad Zainulariffin Bin Abdullah selaku orang yang bertanggungjawab menguruskan dan membentuk Team Brigade Muda GPMS.

Walaupun tidak merangkul kejuaraan tetapi Team Brigade Muda GPMS telah menunjukkan semangat kesukanan dan semangat tidak putus asa. Tahniah diucapkan kepada mereka yang membawa bendera GPMS didalam pertandingan tersebut. Juara pertandingan telah dirangkul oleh Team Kasi Redah dan anugerah telah disampaikan oleh Encik Nawawi Bin Saad iaitu Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.



















Wednesday, 12 November 2014

KURSUS KESUKARELAWAN DAN KERJA BERPASUKAN ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

7 - 9 November 2014
Kem Permata Resort
Ayer Keroh 
Melaka

Bagi melahirkan lebih ramai sukarelawan yang berjaya dan mengikut syariah yang telah ditetapkan, pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah merencana sebuah program kem berbentuk kursus yang menekankan aktiviti berpasukan dan syariah Islam. Kem Kursus Kesukarelawan Dan Kerja Berpasukan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Permata Resort, Ayer Keroh, Melaka. Bagi menyokong usaha melahirkan anak muda yang memiliki jati diri dan anak muda yang menerapkan konsep syariat Islam, GPMS Caw Khas Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka telah menghantar wakil seramai 10 orang dan diketuai oleh Timbalan Yang Di Pertua ke kem tersebut. Sebanyak 11 buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah terlibat antaranya UiTM Jasin, MMU, UTeM, Politeknik Merlimau, KUIM dan lain-lain lagi. 










Thursday, 16 October 2014

PROGRAM PECUTAN AKHIR PERDANA MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN KHUSUS KEPADA PELAJAR UTM-KAYM

16 Oktober 2014
Dewan Kuliah 1
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Rasullullah S.A.W bersabda: ' Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah S.W.T atau kepada seorang manusia, maka hendaklah mereka berwuduk sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka'at" 
                                                                                                                  (Riwayat Ar-Tamizi)

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerna dengan izin-Nya sebuah majlis islamik telah berjaya dijalankan. Majlis yang julung kalinya menggabungkan tiga buah persatuan iaitu pihak penganjur MPP dengan kerjasama UTM dan sudah tentu GPMS Caw Khas KAYM dalam Program Pecutan Akhir Perdana 'Majlis Solat Hajat Dan Bacaan Yassin'. Majlis ini diadakan khusus kepada pelajar UTM yang bakal menduduki peperiksaan akhir tidak lama lagi. Selain daripada Solat Hajat dan Bacaan Yassin, kami turut mengadakan Solat Dhuha yang diketuai oleh Tn. Haji Mustapha Bin Haji Abdullah iaitu salah seorang pensyarah di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. 

Majlis ini juga turut dihadiri oleh pensyarah UTM dan kakitangan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Sebelum berakhirnya majlis, pihak pendaftar KAYM Encik Aminalrashid Bin Mohd Hussein yang mewakili Datuk Saroni Bin Judi iaitu Ketua Eksekutif KAYM telah memberi kata-kata semangat dan harapan kepada pelajar UTM. Akhir sekali harapan kami di pucuk kepimpinan GPMS Caw Khas KAYM, kami berharap agar semua pelajar UTM memperolehi kejayaan yang cermelang dan ketenangan semasa menjawab kertas peperiksaan dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan didewan peperiksaan.

















Wednesday, 1 October 2014

FORUM BICARA CINTA REMAJA II MUJAHADAH CINTA 'PUJUKLAH HATI MERINDUI SYURGA'

1 Oktober 2014
Auditorium B
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Alhamdulillah, sekali lagi GPMS Caw Khas KAYM berjaya merencana sebuah program berbentuk islamik iaitu sambungan daripada program mega tahun lepas iaitu Forum Bicara Cinta Remaja bersama Imam Muda Asyraf dan kali ini GPMS Caw Khas KAYM telah menampilkan wajah baru versi kedua Forum Bicara Cinta Remaja II Mujahadah Cinta yang berkonsepkan 'Pujuklah Hati Merindui Syurga'.

Forum kali ini dikendalikan oleh Penceramah Motivasi yang terkenal di Melaka iaitu Tuan Rohizal Hj Kasim dengan menekankan ceramahan berkonsepkan cinta terhadap Allah S.W.T dan cinta kerana Allah S.W.T. Forum kali ini juga menampilkan seorang penyanyi muda berbakat besar iaitu Amir daripada kumpulan U.N.I.C dan telah menghiburkan para tetamu. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi GPMS Negeri Melaka iaitu Encik Marwan Bin Abu Kassim.