Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Saturday, 22 October 2016

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN GPMS CAWANGAN KHAS KAYM 2016/2017

18 Oktober 2016
     Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
      Ayer Keroh, Melaka.



Assalamualaikum W.b.t,

Mesyuarat Agung Tahunan GPMS Cwg. Khas KAYM bagi Tahun 2016  telah pun berjalan dengan jayanya. Sekalung tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan AJKT dan Exco atas pelantikan bagi meneruskan legasi Cwg. Khas KAYM. Mesyuarat Agung Tahunan ini dihadiri oleh Encik Aminalrashid Mohd Hussain, Pendaftar KAYM, Merangkap Penasihat satu (1) GPMS Cwg. Khas KAYM, Encik Mohamad Nawawi Bin Saad Pengurus Besar Hal Ehwal Pelajar KAYM, serta tetamu V.I.P yang sudi hadir bagi menyampaikan amanat dan berkongsi pengalaman beliau.

Entry kali ini diakhiri dengan pesanan daripada Imam Al-Ghazali :

Ingatlah, "bahawa benda yang paling berat di dunia adalah amanah"
Seperti Firman Allah: ” Sesungguhnya kami telah mengemukakan Amanat kepada langit, bumi dan gunung mereka semua enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianati nya, dst”
(Surah Al-Ahzab : 72 ).

Dalam firman Allah itu bermakna: Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Sekian,
Admin
Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa.





Wednesday, 19 October 2016

BARISAN AJKT GPMS CWG. KHAS 2016/2017

17 Oktober 2016
     Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
      Ayer Keroh, Melaka

Assalammualaikum W.b.t,

Seperti sedia maklum blog rasmi GPMS Cwg Khas KAYM sedang dikemaskini, segala maklumat yang berkaitan dan terkini akan dikemaskini secara berperingkat oleh Admin yang menguruskan blog ini. GPMS Cwg. Khas KAYM telah pun bertukar tampuk kepimpinan yang baru bagi sesi 2016/2017, saudara Mohamad Hafizudin Bin Dundung Kustanto telah dipilih sebagai Yang Di-Pertua ke-6 oleh Ahli Jawatankuasa Khas Mesyuarat Agung Tahunan bagi cawangan khas KAYM. Semoga dengan kepimpinan beliau dapat memantapkan lagi GPMS Cawangan Khas KAYM.

sekian,
Admin
#BTB






Saturday, 2 July 2016

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 2016


                                                                   1 Julai 2016
                                           Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka
                                                            Ayer Keroh, Melaka

Program ini diadakan di Seri Bendahara, Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka, Ayer Keroh Melaka pada 1 Julai 2016 bersamaan 26 Ramadhan 1437H dimana beberapa IPT di sekitar Melaka dan juga NGO telah dijemput dan GPMS Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka turut dijemput oleh GPMS Melaka bagi mengimarahkan lagi program ini dan program ini adalah program terakhir pada bulan ramadhan untuk GPMS Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka pada tahun ini.












PROGRAM SINGGAH SAHUR DAN TAZKIRAH SUBUH


                                                                     26 Jun 2016
                                                             MRSM Kem Terendak
                                                                        Melaka

GPMS Melaka telah mengadakan Program Singgah Sahur dan Tazkirah Subuh pada 26 Jun 2016 yang lepas dari jam 4.30 pagi sehingga 7.00 pagi di MRSM Kem Terendak yang diketuai oleh Saudara Ustaz Aziz dan GPMS Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka turut dijemput bagi mengimarahkan program ini. Program ini turut dihadiri oleh tetamu khas dari GPMS Kebangsaan iaitu Saudara Mohd Marwan Abu Kasim selaku Naib Presiden GPMS Kebangsaan. Sesi ramah mesra bersama pelajar dan barisan guru MRSM Terendak turut diadakan. Walaupun ianya sekadar program singgah sahur tetapi input yang kami dapat merupakan input yang terbaik untuk diri kami dan yang lain.  















PROGRAM FUTSAL PERSAHABATAN RAMADHAN 2016


                                                                  25 & 29 Jun 2016
                                                     Kompleks Sukan Batu Berendam
                                                                         Melaka

Program Futsal Persahabatan Ramadhan ini diadakan dalam dua fasa dimana fasa yang pertama diadakan pada 25 Jun 2016 dan fasa yang kedua diadakan pada 29 Jun 2016 yang bertempat di Kompleks Sukan Batu Berendam, Melaka. Program ini disertai oleh ahli-ahli GPMS Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka serta beberapa peserta jemputan luar. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat silaturrahim antara ahli-ahli GPMS disamping dapat mengenali dan menambah lagi kenalan yang baru.