25 Februari 2013
KAYM
Hari Pertama
GPMS Caw.Khas KAYM telah terlibat dalam pembukaan booth
semperna Minggu Kelab dan Persatuan yang telah dianjurkan oleh Hal Ehwal
Pelajar (HEP) yang diadakan pada setiap tahun di ruang legar berhadapan
perpustakaan di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Acara tahunan ini telah
menarik ramai pengunjung bukan sahaja dikalangan pelajar tetapi turut juga
menarik perhatian para kakitangan dan juga pensyarah. Pada hari pertama, booth
GPMS telah menarik ramai pengunjung yang tertarik dengan barang-barang yang
dipamerkan untuk dijual antaranya pelbagai jenis tudung, pelbagai jenis
kerongsang, set pencerahan kulit TIA AMELIA, acara meneka gula-gula dalam
balang dan banyak lagi.
26 Februari 2013
KAYM
Hari Kedua
Hari ini merupakan hari kedua GPMS Caw.Khas KAYM membuka
booth. Kali ini sambutan sangat meriah dengan pelbagai persembahan di
persembahkan. Booth GPMS mendapat ramai pengunjung terutamanya kakitangan
perempuan kerana berminat dengan barang yang dijual antaranya tudung dan
kerongsang. Kali ini, booth kami telah menambah satu tarikan baru dengan
menjual tauhu sumbat dan kami mendapat sambutan yang sangat mengalakkan.
27 Februari 2013
KAYM
Hari Ketiga
Walaupun telah masuk hari ketiga Minggu Kelab dan Persatuan,
suasana di ruang legar amat meriah dengan pelbagai persembahan. Tiduk kurang
hebatnya di booth GPMS apabila kami telah menyediakan satu tarikan baru yang
sangat berbeza dengan gerai yang lain. Iaitu penjualan peralatan Laptop dan
perkhidmatan update, format, dan install software. Pengunjung amat tertarik
dengan harga yang ditawarkan untuk format laptop yang sangat murah. Ramai
pelajar yang datang secara berkumpulan untuk mendaftar sebagai ahli baru GPMS,
sekali gus berminat untuk menyertai program yang bakal berlangsung di Sungai
Rambai dan juga Kelas Oh, My Tajwid yang sangat memberangsangkan.
![]() |
28 Februari 2013
KAYM
Hari Keempat
Sudah masuk hari keempat dalam Minggu Kelab dan Persatuan.
Booth GPMS masih beroperasi seperti biasa dan AMT yang lain masih lagi setia
untuk hadir ke booth GPMS bagi memeriahkan booth. Pengunjung pada hari keempat
mula berkurang tetapi ia tidak mematahkan semangat semua AMT di booth GPMS
untuk bersama-sama menjaga booth.
Assalamualaikum,
ReplyDeletebagaimana nak buat kerjasama dgn GPMS ni?
sape bole saya berhubung?