Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Saturday, 21 September 2013

PROGRAM RIANG RIA RAYA TADIKA GENIUS KHALEFFA


23 Ogus 2013
Tadika Genius Khaleffa
Batu Berendam

Selamat Hari Raya!!
Selamat Hari Raya!!
Selamat Hari Raya!!
Dari GPMS caw Khas KAYM kepada seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia khasnya kepada para pembaca yang di hormati.
Semperna hari raya Aidilfitri yang penuh dengan keberkatan, saya mewakili pihak GPMS KAYM menyusun sepuluh jari andai terkasar bahasa semasa penulisan artikel ini dibuat.
Pada bulan syawal ini, GPMS caw Khas KAYM telah dipertanggungjawabkan dalam mengendalikan sebuah program jamuan hari raya di Tadika Genius Khaleefa. Seramai 9 ahli telah ditugaskan untuk bersama-sama memeriahkan dan mengendali program yang melibatkan pelajar tadika seramai 33 orang dengan bantuan guru tadika tersebut iaitu Teacher Nurul Fazleen dan Teacher Nurizani Zakaria. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa hari kejadian antaranya Pertandingan Takbir Raya, Persembahan Choral Speaking, Musical Chairs, Persembahan Nyanyian Lagu Raya dan Sambutan Hari Lahir.



































No comments:

Post a Comment