Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Thursday, 20 February 2014

PROGRAM HARI ASYURA DAN BERBUKA PUASA

14 November 2013
Madrasah Ar-Syakirin
Taman Perkota


Alhamdullilah, program ini telah berjalan dengan lancarnya seperti yang diharapkan. Program yang telah dilaksanakan ialah sambungan daripada Program Awal Muharram ‘Permulaan Tahun Islam’ 1435 yang lalu iaitu Program Hari Asyura Dan Berbuka Puasa yang telah dilangsungkan pada 14 November 2013 iaitu pada hari Khamis. Antara objektif program ini dijalankan ialah bagi meraikan sambutan Hari Asyura ataupun lebih dikenali dengan Hari Bubur Asyura. Sehari sebelum hari kejadian berlangsung, pihak penganjur iaitu GPMS telah meminta peserta dan pihak komuniti untuk berpuasa sunat Asyura bagi memeriahkan lagi majlis berbuka puasa. Sehubungan dengan itu, dengan adanya program seperti ini, para mahasiswa/siswi dan komuniti setempat dapat bersama-sama bekerjasama dalam meraikan Hari Asyura dan dapat berbuka puasa bersama-sama. Sehubungan itu juga, program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah diantara komuniti dan mahasiswa/siswi GPMS cawangan KAYM. Dengan ini, untuk mencapai objektif, maka GPMS cawangan KAYM telah merencanakan sebuah lagi program yang berkonsepkan Islamik kepada peserta dan penduduk komuniti setempat.














No comments:

Post a Comment