Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Sunday, 16 March 2014

KURSUS PRA PERKAHWINAN 2014

15 - 16 Mac 2014
Auditorium B
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Selama dua hari bertempat di Auditorium B, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, pihak GPMS Caw Khas KAYM telah menganjurkan sebuah program berbentuk kursus islamik dengan kerjasama pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) iaitu Kursus Pra Perkahwinan yang wajib diambil semua yang beragama Islam sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Program ini disertai seramai 76 orang terdiri daripada 22 orang peserta lelaki dan selebihnya merupakan peserta perempuan, dibantu dengan seramai 15 orang ahli jawatankuasa dari pihak GPMS dan seorang pemantau kursus dari MAIM. Program ini berjalan selama dua hari iaitu pada hari pertama seramai 5 orang penceramah khas dijemput untuk menyampaikan ceramah mengikut slot masing-masing, manakala pada hari kedua pula seramai 5 orang penceramah hadir bagi menyampaikan ceramah mengikut slide show yang disediakan pihak MAIM sendiri. Sijil para peserta diberikan sejurus tamat program.
















No comments:

Post a Comment