Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Saturday, 10 May 2014

JEMPUTAN KHAS GPMS CAW KHAS KAYM KE KARNIVAL BELIA JOM KE PUTRAJAYA

10 Mei 2014
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Jemputan khas daripada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir. Haji Idris Bin Haji Haron, dalam program Belia dimana seluruh gabungan Belia di sekitar Melaka berkumpul dalam sebuah Karnival yang dihadiri oleh seluruh warga Melaka. Turut dijemput barisan artis tempatan seperti Zamani (SLAM), W.A.R.I.S, Bandi (AMUK), M 7, Ali dan Abon Maharaja Lawak.


















No comments:

Post a Comment