Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Thursday, 5 June 2014

PROSES MENUKAR PENAMA UNTUK AKAUN RASMI GPMS CAWANGAN KHAS KAYM DI MAYBANK

5 Jun 2014
Maybank
No. G4 & G6, Lebuh Ayer Keroh
Ayer Keroh, Taman Bukit Melaka
75450 Melaka

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga urusan penukaran penama akaun rasmi GPMS cawangan Khas KAYM di Maybank Ayer Keroh. Proses ini memakan masa hampir seminggu tetapi akhirnya telah selesai dimana semua penama yang telah dipilih telah diamanahkan untuk menjadi penama baharu bagi menggantikan penama lama.

Antara penama yang diamanahkan adalah

MUHAMMAD SYAIFFUL BIN AZAHAR 
YANG DI PERTUA

MUHAMMAD SAHARUDIN BIN SALLEH
BENDAHARI

WAN FARHAWA BINTI WAN AHMAD 
NAIB YANG DI PERTUA 1

NUR MAIZATUL ATIFAH BINTI MOHD MUSTAFA BAKRI  
SETIAUSAHA 






No comments:

Post a Comment