Thursday, 17 July 2014

PROGRAM BUBUR LAMBUK ICYM 2014

17 Julai 2014
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Alhamdulillah, sekitar bulan Ramadhan kali ini, GPMS Caw Khas KAYM telah melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti amal antaranya Edaran Bubur Lambuk yang telah mengambil tempat di sekitar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Edaran ini telah dirasmikan sendiri oleh pihak pendaftar kolej iaitu Encik Aminalrashid Mohd Hussein sambil diiringi oleh Pengurus Besar Hal Ehwal Pelajar, Encik Nawawi. Program ini bermula seawal pukul 9.00 pagi dimana kesemua kakitangan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka menjalankan rewang memasak sambil dibantu beberapa orang pelajar dan sekitar jam 4 perasmian diadakan di pintu utama kolej. Sejurus tamat perasmian, bubur lambuk diedarkan pula di Asrama Lelaki, Asrama Perempuan dan Asrama bertempat di Pulau Gadong.













No comments:

Post a Comment