Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Friday, 18 July 2014

PROGRAM IFTAR BERSAMA AMT GPMS CAW KHAS KAYM 2014

18 Julai 2014
Api Api Steamboat & Grill
Taman 1 Lagenda
Melaka

Semperna bulan Ramadhan yang mulia ini, GPMS Caw Khas KAYM telah mengambil kesempatan dengan mengadakan sebuah Program Mini iaitu Program Iftar Bersama AMT GPMS Caw Khas KAYM. Program dalaman yang diadakan ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah diantara AMT GPMS KAYM dan secara tidak langsung mampu mengeratkan talian kerjasama diantara AMT Senior dan AMT Junior. Program mini ini juga merupakan program pertama yang diadakan oleh Pengarah Program Nur Amira yang juga merupakan salah seorang AMT Junior yang baru sebulan memegang jawatan dalam organisasi. Dengan program mini yang diadakan ini, matlamat GPMS Caw Khas KAYM makin menjadi kenyataan dimana GPMS KAYM telah menetapkan sasaran untuk sekurang-kurangnya setiap AMT yang berada didalam organisasi menjalankan sebuah program. Selain dapat memupuk semangat AMT Junior untuk mengadakan program yang lebih besar dan mencabar, program ini juga dapat merapatkan hubungan diantara AMT Senior dan Junior. Selain itu, dalam program ini AMT Junior dapat berdiskusi dengan AMT Senior berkenaan organisasi GPMS sendiri.
















































































No comments:

Post a Comment