Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Monday, 7 July 2014

PROGRAM IFTAR JAMA'IE 2014

6 Julai 2014
Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah
Bukit Katil

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah, akhirnya kita sekarang berada didalam bulan yang penuh rahmat dan berkat iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak dimana didalam bulan yang mulia ini seluruh umat Islam diwajibkan menjalankan ibadah puasa selama 30 hari bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari. Walaupun dalam sibuk kepenatan berpuasa, GPMS Caw Khas KAYM masih mampu merencana sebuah program islamik, iaitu program yang telah menyatukan 3 buah persatuan besar yang berdaftar dibawah Hal Ehwal Pelajar (HEP) iaitu GPMS, Persatuan Mahasiswa Unitar Melaka dan Majlis Perwakilan Pelajar. Program yang diberi nama sebagai Iftar Jama'ie yang membawa maksud 'berbuka beramai-ramai' ini merupakan program berbuka puasa bersama anak yatim yang bertempat di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al Zaharah. Program ini dihadiri seramai 200 orang termasuk V.I.P daripada pihak Kolej, GPMS Negeri Melaka, Mahasiswa/wi ICYM dan anak-anak yatim. Bacaan Tahlil dan Tarawih pula telah dipimpin oleh Ustaz Manap Mohamad daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).












No comments:

Post a Comment