19 Julai 2014
Seri Bendahara
Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka
Ayer Keroh
Pada 19 Julai 2014, GPMS Caw Khas KAYM dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar bersama mahasiswa/wi Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka telah menghadiri jemputan berbuka puasa ataupun Iftar bersama YAB Datuk Seri Ir Idris Bin Haron, Ketua Menteri Melaka di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara. Majlis yang turut dihadiri oleh beberapa buah Institut Pengajian Tinggi di seluruh Melaka dan beberapa buah sekolah anak yatim dan tahfiz ini berlangsung dengan jayanya. Antara atucara program Semarak Ramadhan ini adalah berbuka puasa bersama Ketua Menteri Melaka, Solat Tarawih, Qiamullai dan bersahur.
No comments:
Post a Comment