14 Ogos 2014
Taman Tasik Titiwangsa
Kuala Lumpur
GPMS Caw Khas Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka dengan ini mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun penubuhan persatuan GPMS yang ke 66.
Hari ini genap 66 tahun penubuhan persatuan yang ditubuhkan pada 14 Ogos 1948 dan pada detik tarikh hari ini 14 Ogos 2014 GPMS masih lagi bernafas dengan berlandaskan perjuangan pendidikan anak bangsa dan agama Islam. Alhamdulillah pada sambutan yang ke 66 tahun kali ini, kepimpinan GPMS Kebangsaan telah menganjurkan Majlis Ulangtahun serta Majlis Mesra Aidilfitri yang bertempat di Taman Tasik Titiwangsa bermula jam 6 sehingga jam 11.30 malam.
Akan disebabkan jauhnya perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur serta disebabkan kesibukan penyediaan peringkat akhir bagi Program Hari Terbuka GPMS pada sabtu telah menyekat hasrat GPMS Caw Khas KAYM untuk pergi meraikan ulangtahun bersama keluarga GPMS, akan tetapi GPMS telah menghantar wakil untuk menghadiri Majlis penuh bermakna tersebut.
No comments:
Post a Comment