Saturday, 9 August 2014

PROGRAM KONVOI RAYA 2014

9 Ogos 2014
Sekitar Melaka

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Alhamdulillah, akhirnya setelah penuh sabar menghadapi dugaan dan cabaran bulan ramadhan, kini tibanya bulan Syawal bulan penuh kemeriahan. GPMS Caw Khas KAYM seperti Hari Raya tahun lepas, telah mengadakan sebuah program Konvoi Raya 2014. Kali ini seperti tahun-tahun sebelum ini telah berkunjung ke rumah ahli-ahli GPMS sekitar Melaka juga turut berkunjung ke rumah Pengerusi GPMS Negeri Melaka Encik Marwan Bin Abu Kassim dan rumah terbuka penasihat GPMS KAYM 3 iaitu Ustazah Masita Binti Sulaimi sebelum Konvoi diakhiri dengan sambutan hari lahir ahli GPMS, Nur Amira Binti Rosli di Dataran Pahlawan. Kali ini jumlah peserta berkurang kerana ramai peserta sudah pulang ke kampung halaman kerana bercuti semester dan masih bercuti raya. Walaubagaimanapun, ia tetap tidak menghalang GPMS KAYM dari menjalankan program Konvoi Raya 2014.













































No comments:

Post a Comment