1 Oktober 2014
Dewan Seri Negeri
Ayer Keroh, Melaka
Bapa Pemodenan Malaysia, Pemikir Ulung Negara, siapa lagi kalau bukan Mantan Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-4 Yabhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir Bin Mohamad atau lebih sinonim dengan panggilan Tun M. Rekod cermelang sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun tidak pernah dapat dinafikan bermula memegang jawatan pada 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau kini masih aktif dan lantang bersuara menegur dan memberi pandangan serta menyumbang idea bernas terhadap masa hadapan Malaysia khususnya masa hadapan orang Melayu sendiri.
Tun M telah memperkenalkan pelbagai dasar pembangunan misalnya Dasar Pandang Ke Timur, Bersih Cekap Amanah dan Penerapan Nilai Nilai Islam. Kini, Tun M sendiri berada di Melaka bagi menghadiri Ceramah Perdana yang disampaikannya dengan menampilkan YBhg. Datuk Zainal Abidin Bin Datuk Wira Borhan selaku Motivator majlis. Pelbagai idea bernas, pandangan dan hujah telah dikeluarkan oleh Tun M.
No comments:
Post a Comment