Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Friday, 2 January 2015

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1436H PERINGKAT NEGERI MELAKA " PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA"

Sabtu
03 Januari 2015
Stadium Hang Tuah hingga Masjid Al - Azim 
Melaka

Alhamdulillah, sebelum bermulanya penulisan saya, bagi pihak kepimpinan GPMS Caw Khas KAYM dengan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga tahun baru ini dapat kita sama-sama memperjuangkan perjuangan GPMS dan mampu melahirkan program-program yang berlandaskan idea-idea dan matlamat perjuangan GPMS sendiri untuk bangsa, agama dan seterusnya Negara.

Syukur Alhamdulillah sekali lagi diucapkan kerana pada pembuka tahun 2015 kali ini GPMS Caw Khas KAYM telah terlibat dengan sebuah Program berbentuk Islamik iaitu program Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka. Semperna Maulidur Rasul yang disambut pada 3 Januari 2015 M bersamaan 12 Rabiul Awal 1436 H, GPMS Caw Khas KAYM sekali lagi mengucapkan tanda kesyukuran dan selawat atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Dengan ini marilah kita bersama-sama berselawat atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W:


Pada majlis yang dihadiri ribuan rakyat Melaka dengan penglibatan hampir 100 buah Kontingen daripada pelbagai latar belakang persatuan dan NGO telah berarak daripada Stadium Hang Tuah sehinggalah ke Masjid Al-Azim. Kontigen GPMS Caw Khas KAYM yang diketuai oleh YDP saudara Muhammad Syaifful Azahar telah melibatkan diri didalam perarakan dan telah bergabung dengan pihak Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang diketuai oleh YDP MPP saudara Mohamad Syawalruddin Bin Mohd Juhari. Segala perjalanan berjalan lancar tanpa berlakunya sebarang kemalangan atau kecederaan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang bertugas mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta atas komitmen yang telah diberikan sepanjang perarakan berlangsung.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh TYT Gabnur Negeri Melaka dengan dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Ir Idris Haron.


























No comments:

Post a Comment