27, 28 Feb & 1 March 2015
Teluk Segadas
Pulau Pangkor
Perak Darul Ridzuan
Alhamdulillah, setelah mengalami pelbagai ranjau dan cabaran akhirnya GPMS Caw Khas KAYM telah berjaya menyempurnakan sebuah program mega pada tahun ini. Syukur diucapkan kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, edisi Selami Dunia Baru pada kali ini telah berjaya dijayakan dengan sempurna seperti dirancang. Pada edisi ke-lima, Program Selami Dunia Baru V - Eksplorasi Pulau Pangkor dengan tema 'Menyelusuri Keindahan Teluk Segadas' anjuran GPMS Caw Khas KAYM dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KAYM telah dijayakan di Pulau Pangkor, Perak. Ini merupakan kali ke dua Selami Dunia Baru dibuat di Teluk Segadas.
Program kali ini lebih mencabar dan santai berbanding edisi yang lalu dimana penganjur telah menyediakan beberapa aktiviti bagi mengisi kekosongan seperti sukaneka, bola sepak pantai, malam kebudayaan dan beberapa aktiviti yang melibatkan latihan didalam kumpulan (LDK). Dengan bantuan semua AJK yang terlibat, program kali ini telah berjaya dijalankan tanpa sebarang masalah. Melalui pandangan para peserta, program ini sangat menarik dan mencabar stamina mereka. Untuk itu, mereka mahu GPMS Caw Khas KAYM untuk lebih banyak menganjurkan program sebegini, disamping mengisi input yang berguna kepada peserta. Program kali ini juga mendedahkan peserta dengan alam sekitar dimana sebelum tiba di destinasi Teluk Segadas, peserta bersama para AJK akan merentas hutan yang berbukit disambil melihat kehijauan fauna dan sejurus tiba di pantai, peserta akan didedahkan sekali lagi dengan persisiran pantai yang bersih dan laut yang jernih.
Antara objektif program ini adalah dapat melahirkan mahasiswa/wi yang memiliki stamina yang tinggi selain dapat menyesuaikan diri dengan alam semula jadi. Bukan itu sahaja, dengan terjalinnya kerjasama diantara GPMS dan MPP ia mampu merapatkan hubungan dikalangan ahli selain peluang untuk mengadakan kerjasama bersama lebih tinggi. Bahkan, dengan adanya program sebegini mampu melahirkan rasa cinta dan menghargai alam semula jadi ciptaan Allah S.W.T dengan lebih mendalam. Justeru itu, kami yakin bahawa hubungan silaturahim dikalangan ahli GPMS, MPP dan peserta bertambah akrab.
Akhir kata, kami di kepimpinan GPMS mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat sepanjang program ini berlangsung terutamanya pihak MPP dan HEP, dan InsyaAllah selepas ini lebih banyak lagi program sebegini akan dilahirkan kerana kami melihat bahawa program sebegini mampu menarik minat pelajar KAYM sambil memberikan input berguna sepanjang program ini berlangsung.
No comments:
Post a Comment