13 September 2015
Menara Taming Sari
Bandar Hilir, Melaka
Semperna bulan kemerdekaan yang kita sambut pada 31 Ogos, pihak negeri melaka dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Melaka telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama Aspirasi Patriotisme Belia Melaka Peringkat Negeri Melaka selama dua hari. Pada hari terakhir iaitu hari ahad, pihak penganjur telah menjemput GPMS Caw Khas KAYM untuk menyertai majlis pelancaran yang turut dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron (Ketua Menteri Melaka). Pada majlis pelancaran ini terdapat pelbagai pameran dan persembahan yang dipertontonkan oleh pengunjung dan peserta. Antara persembahan yang yang dipersembahkan adalah persembahan seni pertahanan diri dari perlbagai kaum misalnya silat, wushu dan Kalaripayattu dan pertunjukkan Tempur Tanpa Senjata sebagai gimik pelancaran majlis.
No comments:
Post a Comment