Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Monday, 5 October 2015

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPERNA SAMBUTAN HARI JADI KE-77 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA TAHUN 2015M/1436H

5 Oktober 2015
Masjid Al-Azim
Melaka

Semperna Hari Lahir Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil Bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke 77, pihak Negeri Melaka dengan kerjasama Pengurusan Masjid Al-Azim telah mengadakan satu majlis bacaan yasin dan tahlil bagi meraikan hari lahir TYT yang bertempat di Masjid Al-Azim, Melaka. 

Majlis ini berlangsung dengan lebih 700 orang tetamu yang hadir bagi bersama menunaikan solat fardu maghrib dan isyak serta bacaan yassin dan tahlil. Antara tetamu yang hadir adalah YABhg Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina Binti Kassim iaitu isteri TYT sendiri dan YAB Datuk Seri Ir. Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka dan isteri YABhg Datin Seri Hajah Fadilah Binti Abdullah.

Pada majlis ini, GPMS Caw Khas KAYM telah dijemput hadir bagi mengimarahlan lagi majlis pernuh keberkatan ini bersama-sama pihak Majlis Perwakilan Perlajar (MPP) yang turut mewakili pihak Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.

Selain daripada bacaan yassin dan tahlil, majlis ini turut mengadakan ceramah yang disampaikan oleh YBhg Dato' Badli Shah Bin Alaudin (Jabatan Agama Islam Pahang) dengan tajuk ceramah yang disampaikan "Pemimpinku, imamku".

















No comments:

Post a Comment