5 Oktober 2015
Masjid Al-Azim
Melaka
Semperna Hari Lahir Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil Bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke 77, pihak Negeri Melaka dengan kerjasama Pengurusan Masjid Al-Azim telah mengadakan satu majlis bacaan yasin dan tahlil bagi meraikan hari lahir TYT yang bertempat di Masjid Al-Azim, Melaka.
Majlis ini berlangsung dengan lebih 700 orang tetamu yang hadir bagi bersama menunaikan solat fardu maghrib dan isyak serta bacaan yassin dan tahlil. Antara tetamu yang hadir adalah YABhg Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina Binti Kassim iaitu isteri TYT sendiri dan YAB Datuk Seri Ir. Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka dan isteri YABhg Datin Seri Hajah Fadilah Binti Abdullah.
Pada majlis ini, GPMS Caw Khas KAYM telah dijemput hadir bagi mengimarahlan lagi majlis pernuh keberkatan ini bersama-sama pihak Majlis Perwakilan Perlajar (MPP) yang turut mewakili pihak Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.
No comments:
Post a Comment