Thursday, 15 October 2015

MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YASSIN SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PELAJAR - PELAJAR UTM & KYM

15 Oktober 2015
Dewan Kuliah 1
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
     
 Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya yakni telah mempermudahkan program pada hari ini iaitu Majlis Solat Hajat & Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan Akhir Semester Pelajar-Pelajar UTM & KYM yang diadakan di dewan kuliah 1 Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yassin dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan kehadiran para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester dan jemputan VIP seperti En. Aminalrashid Bin Hussein selaku Pendaftar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, En. Jazmi Fardzy selaku Naib Presiden Akademik KAYM, En. Mohamad Nawawi Bin Saad selaku Pengurus Besar Hal Ehwal Pelajar bagi mengimarahkan lagi majlis tersebut. Majlis Solat Hajat & Bacaan Yassin tersebut dipimpin oleh Tuan Haji Mustapha, Pensyarah Aeronautic Develeopment Centre yang dimulakan dengan solat Dhuha dan diikuti solat Hajat

Selesai Majlis Solat Hajat & Bacaan Yassin tersebut, Majlis turut mengalu-alukan En. Aminalrashid Bin Hussein bagi memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester. 










No comments:

Post a Comment