Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Friday, 20 May 2016

MALAM MESRA ALUMNI PEMIMPIN PELAJAR KAYM 1998 - 2016

20 Mei 2016
Hotel Green King
Melaka

Buat julung-julung kalinya, pihak Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka telah menganjurkan sebuah majlis Makan Malam Alumni yang menghimpunkan bekas-bekas pelajar di Kolej Antarabangsa Yayasa Melaka sejak 1998 sehingga 2016. 

Ramai graduan KAYM yang turun padang memberi sokongan pada majlis penuh gemilang ini. Antaranya bekas Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar 2014-2015, mantan-mantan GPMS, barisan pelajar sekitar tahun 90-an dan ramai lagi yang telah berjaya.

Pada majlis ini, pihak penganjur telah menjemput GPMS KAYM bersama mantan GPMS KAYM untuk turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis dirasmikan oleh Encik Aminalrashid Mohd Hussein iaitu Pendaftar ICYM yang turut berucap mewakili pihak KAYM secara amnya dalam menyampaikan ucapan bangga dengan alumni yang telah berjaya.























No comments:

Post a Comment