Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Sunday, 16 March 2014

KURSUS PRA PERKAHWINAN 2014

15 - 16 Mac 2014
Auditorium B
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Selama dua hari bertempat di Auditorium B, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, pihak GPMS Caw Khas KAYM telah menganjurkan sebuah program berbentuk kursus islamik dengan kerjasama pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) iaitu Kursus Pra Perkahwinan yang wajib diambil semua yang beragama Islam sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Program ini disertai seramai 76 orang terdiri daripada 22 orang peserta lelaki dan selebihnya merupakan peserta perempuan, dibantu dengan seramai 15 orang ahli jawatankuasa dari pihak GPMS dan seorang pemantau kursus dari MAIM. Program ini berjalan selama dua hari iaitu pada hari pertama seramai 5 orang penceramah khas dijemput untuk menyampaikan ceramah mengikut slot masing-masing, manakala pada hari kedua pula seramai 5 orang penceramah hadir bagi menyampaikan ceramah mengikut slide show yang disediakan pihak MAIM sendiri. Sijil para peserta diberikan sejurus tamat program.
















Wednesday, 5 March 2014

PROGRAM JEREBU DAH TERUK II

5 Mac 2014
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Pada akhir-akhir ini, negara Malaysia khususnya di negeri Melaka telah digemparkan dengan bahaya jerebu yang melanda akibat pembakaran terbuka pada musim kemarau yang melanda seluruh negara. Untuk itu, GPMS Cawangan Khas KAYM telah mengambil inisiatif dengan mengedarkan topeng jerebu atau 'face mask' kepada mahasiswa/wi Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka sebagai langkah awal mengelakkan kesan buruk bahaya jerebu.










Thursday, 27 February 2014

MANTAN YDP MAHASISWA PALING AKTIF 2014

26 Februari 2014
KAYM

Dengan penglibatan yang tidak henti-henti seperti penglibatan program anjuran Silat Cekak, JAPI, SRM, HEP, fasilitator, MC untuk pelbagai program, dan sudah tentu penglibatan dalam GPMS sendiri telah mendorong mantan YDP Ismail Bin Fadzil kepada pengiktirafan selaku Mahasiswa Paling Aktif 2014. Dan sehingga kini, walaupun sudah bergelar mantan YDP, beliau tetap aktif didalam persatuan GPMS.


GPMS CAWANGAN KHAS KAYM DIIKTIRAF PERSATUAN PALING AKTIF DILUAR KAMPUS

26 Februari 2014
KAYM

Pada majlis perasmian Minggu Kelab Dan Persatuan 2014, GPMS Caw Khas KAYM telah diiktifarkan sebagai Persatuan Paling Aktif Diluar Kampus 2014. Dengan lebih 20 program 13/14 seperti program bercorak kesukanan, pembelajaran, islamik, santai dan macam-macam lagi telah menarik perhatian pihak HEP sebelum memutuskan memberikan pengiktirafan kepada GPMS Caw Khas KAYM. Hadiah telah disampaikan kepada Timbalan YDP saudara Meor Mohammad Suhairi pada majlis perasmian tersebut.



MINGGU KELAB DAN PERSATUAN 2014 - JUS TEMBIKAI DARA

24 - 27 Februari 2014
KAYM

Program yang menghimpunkan semua kelab dan persatuan yang berdaftar di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Perjualan barang-barang oleh setiap kelab yang terlibat menarik minat pelajar yang mengunjungi gerai-gerai. Antara kelab dan persatuan yang terlibat adalah GPMS, PSSCM, JAPI, ICS, SRM dan lain-lain. Pada kali ini, GPMS telah membuka gerai dengan tarikkan utamanya adalah Jus Tembikai Dara. Penglibatan GPMS bukan sahaja tertumpu pada perjualan, malah Timbalan YDP saudara Meor Mohammad Suhairi turut terlibat dalam persembahan silat sewaktu majlis perasmian. GPMS juga turut diiktiraf sebagai Persatuan Paling Aktif Diluar Kampus 2014 dan mantan YDP saudara Ismail Bin Fadzil turut dianugerahkan sebagai Mahasiswa Paling Aktif 2014.