20 April 2013
SMK Pernu
Program GPMS Kem Bina Insan Fasilitator buat julung-julung
kalinya telah dianjurkan, dimana ahli-ahli GPMS telah ditugaskan untuk menjadi
fasilitator dengan tunjuk ajar beberapa ahli GPMS yang telah lama menjadi
fasilitator di KAYM dan juga fasilitator di kem-kem luar dari KAYM. Program
GPMS Kem Bina Insan telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu
selama dua hari satu malam. Kem ini telah bekerjasama dengan pihak kaunseling
sekolah bagi menguruskan dan merencana aktiviti semasa kem berlangsung. Program
ini telah mendapat pujian dari pelbagai pihak terutamanya pihak SMK Pernu yang
merasakan Kem Bina Insan yang kami anjurkan telah berlangsung dengan jayanya.
Dan pujian dari wakil GPMS Negeri dimana berharap pihak kami meneruskan program
sebegini dimasa yang akan datang. Program ini bukan sahaja berjaya merapatkan
hubungan pelajar dan juga para fasilitator semasa kem berlangsung malah
hubungan pelajar dengan para fasilitator telah berjaya dikekalkan sehingga
diluar program apabila sehingga kini para pelajar masih lagi berhubung melalui
telefon dan juga Facebook dengan para fasilitator.
No comments:
Post a Comment