Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Saturday, 21 September 2013

PROGRAM KEM BINA INSAN FASILITATOR SEKOLAH MENANGAH KEBANGSAAN PERNU

20 April 2013
SMK Pernu

Program GPMS Kem Bina Insan Fasilitator buat julung-julung kalinya telah dianjurkan, dimana ahli-ahli GPMS telah ditugaskan untuk menjadi fasilitator dengan tunjuk ajar beberapa ahli GPMS yang telah lama menjadi fasilitator di KAYM dan juga fasilitator di kem-kem luar dari KAYM. Program GPMS Kem Bina Insan telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu selama dua hari satu malam. Kem ini telah bekerjasama dengan pihak kaunseling sekolah bagi menguruskan dan merencana aktiviti semasa kem berlangsung. Program ini telah mendapat pujian dari pelbagai pihak terutamanya pihak SMK Pernu yang merasakan Kem Bina Insan yang kami anjurkan telah berlangsung dengan jayanya. Dan pujian dari wakil GPMS Negeri dimana berharap pihak kami meneruskan program sebegini dimasa yang akan datang. Program ini bukan sahaja berjaya merapatkan hubungan pelajar dan juga para fasilitator semasa kem berlangsung malah hubungan pelajar dengan para fasilitator telah berjaya dikekalkan sehingga diluar program apabila sehingga kini para pelajar masih lagi berhubung melalui telefon dan juga Facebook dengan para fasilitator.
















No comments:

Post a Comment