Program Kem Motivasi Selami Dunia Baru I ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam yang bertempat di Kem Tasik Persona Durian Tunggal, Melaka. Selami dunia baru bermaksud ahli GPMS baru menyertai kem ini sebagai langkah permulaan menyertai dunia GPMS yang penuh dengan warna-warni. Kem ini juga bertujuan memberikan pendedahan terhadap dunia GPMS dan persediaan mencari pelapis baru untuk menggantikan Ahli Majlis Tertinggi GPMS caw Khas KAYM masa hadapan.
Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua
As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.
"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment