Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Saturday, 21 September 2013

PROGRAM MERDEKA RAYA 2013

20 Ogus -25 Ogus 2013
Melaka

Dalam sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, kita warga GPMS caw Khas KAYM turut tidak lupa fasal Hari Kemerdekaan kita iaitu pada 31 Ogos yang semakin hampir. Dengan itu, pihak GPMS caw Khas KAYM telah bersama-sama menjayakan sebuah Program berbentuk konvoi semeperna kemerdekaan dan bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dengan menziarahi rumah sahabat-sahabat GPMS semperna raya. Dengan ini, pihak GPMS caw Khas KAYM telah menjalankan sebuah program bagi menyambut dua perkara yang berbeza. Terima Kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat iaitu ahli keluarga Encik Muhammad Syafiq Sufian, keluarga Cik Nurizani Zakaria, keluarga Encik Muhammad Firdaus, keluarga Encik Mohamad Syawalruddin, keluarga Encik Juhelmi, keluarga Encik Irwanizam Ibrahim, keluarga Encik Muhammad Fais dan keluarga Encik Marwan kerana menyambut kehadiran Konvoi Merdeka Raya 2013 dengan meriah.
























































































No comments:

Post a Comment