20 Ogus -25 Ogus 2013
Melaka
Dalam sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, kita warga GPMS
caw Khas KAYM turut tidak lupa fasal Hari Kemerdekaan kita iaitu pada 31 Ogos
yang semakin hampir. Dengan itu, pihak GPMS caw Khas KAYM telah bersama-sama
menjayakan sebuah Program berbentuk konvoi semeperna kemerdekaan dan bergerak
dari satu lokasi ke lokasi lain dengan menziarahi rumah sahabat-sahabat GPMS
semperna raya. Dengan ini, pihak GPMS caw Khas KAYM telah menjalankan sebuah
program bagi menyambut dua perkara yang berbeza. Terima Kasih diucapkan kepada
mereka yang terlibat iaitu ahli keluarga Encik Muhammad Syafiq Sufian, keluarga
Cik Nurizani Zakaria, keluarga Encik Muhammad Firdaus, keluarga Encik Mohamad
Syawalruddin, keluarga Encik Juhelmi, keluarga Encik Irwanizam Ibrahim,
keluarga Encik Muhammad Fais dan keluarga Encik Marwan kerana menyambut
kehadiran Konvoi Merdeka Raya 2013 dengan meriah.
No comments:
Post a Comment