23 Ogus 2013
Tadika Genius Khaleffa
Batu Berendam
Selamat Hari Raya!!
Selamat Hari Raya!!
Selamat Hari Raya!!
Dari GPMS caw Khas KAYM kepada seluruh umat Islam di seluruh
pelusuk dunia khasnya kepada para pembaca yang di hormati.
Semperna hari raya Aidilfitri yang penuh dengan keberkatan,
saya mewakili pihak GPMS KAYM menyusun sepuluh jari andai terkasar bahasa
semasa penulisan artikel ini dibuat.
Pada bulan syawal ini, GPMS caw Khas KAYM telah
dipertanggungjawabkan dalam mengendalikan sebuah program jamuan hari raya di
Tadika Genius Khaleefa. Seramai 9 ahli telah ditugaskan untuk bersama-sama
memeriahkan dan mengendali program yang melibatkan pelajar tadika seramai 33
orang dengan bantuan guru tadika tersebut iaitu Teacher Nurul Fazleen dan
Teacher Nurizani Zakaria. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa hari
kejadian antaranya Pertandingan Takbir Raya, Persembahan Choral Speaking,
Musical Chairs, Persembahan Nyanyian Lagu Raya dan Sambutan Hari Lahir.
No comments:
Post a Comment