16 Ogos 2014
Pantai Tanjung Bidara
Melaka Bandaraya Bersejarah
Merapatkan ukhwah dan silaturahim menjadi keutamaan kami bagi memantapkan ahli didalam persatuan. Hal ini kerana, kekuatan ahli yang mampu bergerak disaat sukar dan senang mampu membentuk sebuah persatuan yang gagah dan kukuh. Justeru, kepimpinan GPMS Caw Khas KAYM telah merencanakan sebuah program santai semperna Aidilfitri dengan menghimpunkan seluruh ahli GPMS KAYM. Program yang diberi nama Hari Terbuka Raya Aidilfitri GPMS KAYM 2014 telah berlangsung dengan jayanya dimana kepimpinan GPMS KAYM melihat matlamat dan objektif yang ingin disampaikan didalam program berhasil. Program ini telah berlangsung di Pantai Tanjung Bidara. Suasana pada hari tersebut pada awalnya hujan lebat dan semasa kami sampai di lokasi, hujan mula reda. Program telah berjalan dari pukul 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.
Dengan keberkesanan moderator berpengalaman, objektif persatuan berjaya diserapkan secara terus tanpa mereka sedari dengan dibantu fasilitator yang memainkan peranan untuk merapatkan ukhwah didalam persatuan. Pelbagai acara telah direncana semasa program berlangsung antaranya, pertandingan tarik tali, bola beracun, galah panjang, futsal pantai, pertandingan berenang, bola tampar air dan banyak lagi. Kesemua acara yang berlangsung melibatkan kesemua ahli termasuklah lelaki dan perempuan. Tidak dilupakan juga, Ice Breaking yang sangat sangat memberi impak kepada ahli telah berjaya dijalankan seperti diharapkan.
No comments:
Post a Comment