10 Ogos 2014
Panggung Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN)
Ayer Keroh
Seluruh rakyat Malaysia kini bergembira menyambut Aidilfitri dan bulan kemerdekaan yang bakal tiba 31 Ogos nanti. Tetapi perlu diingatkan ada juga kisah sedih disebalik kehangatan menyambut Hari Raya dan bulan kemerdekaan dimana sebelum ini seluruh rakyat Malaysia pilu mengenangkan kisah perginya MH370 yang berlepas ke Beijing tetapi tidak pernah mendarat ; hilang ditelan misteri.
Baru-baru ini rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan MH17 pula yang telah ditembak di Ukraine disebabkan isu Ukraine-Russia. Bahkan seluruh umat Islam dan seluruh dunia kini sibuk membuat demo dan menunjukkan sifat kemanusiaan berkenaan isu pembebasan dan penindasan rakyat Palestine di Gaza oleh puak Zionis laknatullah. Semua kejadian yang memilukan ini berlaku sekitar Aidilfitri.
Justeru itu, pihak PENAMA, Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) telah menganjurkan sebuah program bagi menghayati dan mengenang kisah pilu yang terjadi iaitu Program Malam Puisi Kemanusiaan 'Yang Indah Itu Bahasa' di panggung JKKN. Didalam program ini, GPMS Caw Khas KAYM telah dijemput untuk menghadiri dan menonton persembahan puisi dan beberapa buah sesi lakonan teater berkenaan kemerdekaan dan zaman kesultanan melayu melaka.
No comments:
Post a Comment