25 Mac 2015
Ruang Legar
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Alhamdulillah, akhirnya Program Hari Srikandi sudah berjaya dijalankan tanpa sebarang masalah yang timbul. Buat julung kalinya GPMS Caw Khas KAYM dengan kerjasama JAPI telah merencana sebuah program islamik iaitu Hari Srikandi yang sangat sinonim dengan wanita. Dengan bertemakan How Do I Look In Hijab telah berjaya menarik perhatian kaum wanita untuk hadir melihat booth Hari Srikandi selain ada persembahan silat dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Caw KAYM yang terdiri dari pesilat-pesilat wanita. Bukan itu sahaja, terdapat persembahan nyanyian khas daripada Afiq Bruno iaitu salah seorang artis Youtube dengan mendendangkan dua buah lagu bertemakan wanita. Bukan itu sahaja, ada juga persembahan deko kek daripada pelajar dan staf KAYM yang mengambil bahagian dan telah dijurikan oleh Abang Mus wakil dari pihak HEP. Selain terdapatnya jualan tudung, lipstik dab eyeliner, Hari Srikandi telah mendapat sambutan luar biasa daripada pihak non-muslim apabila mereka ingin merasai bagaimana sekiranya mereka bertudung dan perasaan mereka apabila bertudung.
No comments:
Post a Comment