7 March 2015
Seri Bendahara
Kediaman Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka
Pada 7 March 2015, Pihak kerajaan negeri Melaka telah menganjurkan sebuah majlis ilmu yang menghimpunkan puluhan pelajar IPT/IPTS, Belia dan pelajar-pelajar sekolah menengah yang terpilih bagi mengimarahkan Malam Cinta Allah dan Rasul Belia 4B Melaka Berselawat yang bertempat di Kediaman Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka. Majlis yang bermula jam 5.00 petang dimulai dengan tayangan filem Bukit Kepong sebelum semua hadirin menunaikan solat Maghrib berjemaah dan seterusnya bersama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Hampir 1000 orang hadirin memenuhi ruang yang disediakan dan majlis berjalan dengan penuh protokol. Pada akhir majlis, tuan rumah iaitu Datuk Wira Ir. Idris Haron (Ketua Menteri Melaka) telah memberi ucapan sebelum semua hadiri dijemput menjamu selera dengan makanan yang telah dihidangkan. Semoga dengan majlis penuh keberkatan ini, Allah S.W.T memberikan kesejahteraan kepada Melaka khusunya kepada rakyat Melaka sendiri.
No comments:
Post a Comment