17 Oktober 2013
Madrasah Al-Syakirin
Taman Perkota
Melaka
Semperna Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Qurban yang disambut umat islam
diseluruh dunia, GPMS cawangan KAYM dengan julung kalinya telah mengadakan
program Qurban yang dijalankan pada hari raya ke-3 di Madrasah Al Syakirin,
Taman Perkota. Program ini melibatkan aktiviti seperti gotong-royong
membersihkan perkarangan surau, halaman surau, rewang menyediakan sarapan dan
makanan tengah hari, melapah, menimbang dan pengagihan daging serta bacaan
tahlil.