Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Thursday 28 August 2014

MAJLIS SEMARAK KEMERDEKAAN 57 TAHUN " DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.."

28 Ogos 2014
Ruang Legar
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

" Di sini lahirnya sebuah Cinta............"

Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang setulusnya, di panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredhaan-Nya, kita sebagai rakyat Malaysia, berpeluang meraikan ulang tahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-57 dalam keadaan permai sentosa walaupun negara pernah di kejutkan dengan beberapa kejadian yang menduka citakan iaitu tragedi MH 17 yang musnah ditembak puak pemisah atas konflik Ukrine-Russia serta kehilangan misteri MH 370 yang hilang tanpa petunjuk.

Sesungguhnya, tema di pilih iaitu " Di sini lahirnya sebuah cinta..." membawa erti dan makna tersirat. Sejurus dengan itu, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama semua kelab dan persatuan berdaftar dibawah HEP telah merencana sebuah program semperna Hari Kebangsaan yang bakal berlangsung 31 Ogus nanti. Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah telah di jalankan dengan penuh simbolik apabila pihak perasmi iaitu Pendaftar KAYM / Penasihat GPMS 1 Encik Aminalrashid Mohd Hussein melaungkan " Merdeka!!" sebanyak tujuh kali bagi merasmikan program yang bertempat di Ruang Legar, KAYM.

Di sini, pihak GPMS Caw Khas KAYM telah diamanahkan untuk menjaga bendera dan melepaskan mercun parti semasa perasmian dibuat. Alhamdulillah, amanah dan tanggungjawab dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah yang timbul.










































Tuesday 26 August 2014

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA - GPMS KAYM DENGAN HIDANGAN NASI LEMAK MENJAMU SELERA WARGA KAYM

26 Ogos 2014
Ruang Legar
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Semperna penghujung bulan Syawal yang bakal melabuhkan tirainya hari ini, Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama semua persatuan yang berdaftar dibawah HEP telah merencanakan sebuah Program Sambutan Aidilfitri peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang bertempat di Ruang Legar KAYM. Alhamdulillah, disini kita semua telah disatukan bagi menjayakan sebuah program yang menggunakan konsep 1 Malaysia. Pelbagai kaum dapat dilihat bersama-sama memeriahkan majlis antaranya persatuan Indian Cultural Society (ICS) yang turut menghidangkan kuih raya pada tetamu. Selain itu, Persatuan Mahasiswa Unitar Melaka (PMUM) juga yang dibarisi pelajar kaum Cina turut bersama menghidangkan menu istimewa mereka iaitu Bihun Goreng Berapi.

Disini GPMS Caw Khas KAYM turut tidak melepaskan peluang dengan menjamu para tetamu hidangan tradisi orang Melayu iaitu Nasi Lemak dengan hidangan sambal yang istimewa. Ramai warga KAYM turun bersama memeriahkan majlis dan pelbagai acara dan aktiviti telah di adakan. Antaranya acara Gerai Paling Sporting, Gerai Paling Meriah dan Gerai Paling Cantik. Selain itu, acara karaoke juga mengambil tempat dengan diiringi oleh kumpulan musik band yang dibarisi pelajar KAYM sendiri. Majlis dirasmikan oleh Ketua Eksekutif KAYM, Yg Bhg Datuk Saroni Bin Judi dengan diiringi oleh Pendaftar KAYM juga merupakan penasihat 1 GPMS KAYM Encik Aminalrashid Mohd Hussein.