21 November 2015
Dewan Kuliah B
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan bertungkus lumus membuat persediaan bagi menjayakan Konvokesyen Tadika Genius Khaleefa, akhirnya ia membuahkan hasil apabila Konvokesyen yang telah dijalankan berjalan seperti yang diharapkan semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, pihak Tadika Genius Khaleefa dan khususnya kepada pihak Hal Ehwal Pelajar kerana telah mencurahkan idea, kerjasama dan buah fikiran buat GPMS Caw Khas KAYM untuk menjayakan konvokesyen ini.
Konvokesyen ini bukan sahaja untuk meraikan pelajar-pelajar tadika tersebut, malah sebenarnya ia merupakan sebuah kejayaan besar buat GPMS Caw Khas KAYM apabila dilihat kesemua urusetia adalah wajah-wajah baru dan ia merupakan pentas melihat bagaimana orang baru dalam GPMS Caw Khas KAYM mengendalikan majlis sebesar konvokesyen ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan sekali lagi GPMS Caw Khas KAYM merakamkan ucapan Tahniah kepada pelajar-pelajar Tadika Genius Khaleefa atas kejayaan menghabiskan pembelajaran di Tadika dan doa kami agar adik-adik ini mampu serasikan diri dengan suasana pembelajaran sebenar yang lebih mencabar dan serius di alam persekolahan dan seterusnya melangkah sehingga ke puncak gading.