Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Thursday 8 January 2015

GELOMBANG SUKARELAWAN ICYM TEMERLOH PAHANG

08 Januari 2015
Temerloh
Pahang

Alhamdulillah, dengan berkat dan usaha serta diiringi doa seluruh warga KAYM, Gelombang Sukarelawan ICYM telah berjaya dilancarkan dan dijayakan terdiri daripada 39 orang sukarelawan yang diketuai dan dirasmikan oleh Encik Aminalrashid, pendaftar KAYM dan juga penasihat 1 GPMS Caw Khas KAYM. Misi yang melibatkan 21 orang kakitangan KAYM termasuk pensyarah dan 18 orang pelajar KAYM telah berjaya menghantar bantuan banjir ke Sekolah Menengah Agama Guai, Temerloh Pahang. Di dalam misi bantuan banjir ini, GPMS Caw Khas KAYM telah menghantar wakil untuk bersama-sama membantu dan meringankan beban warga Temerloh. Antara sumbangan yang dibawa seperti lampin, baju, bahan masakan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, Gelombang Bantuan Banjir ICYM turut membantu dalam membersihkan asrama siswa yang dimasuki air banjir, mengemas segala sisa-sisa dan lumpur dan lain-lain.

Dengan ini, secara ikhlasnya pihak kepimpinan GPMS Caw Khas KAYM berharap serta berdoa agar semua mangsa banjir bersabar dan tabah dalam mengharungi dugaan yang melanda mereka di awal tahun baru ini. 

"Di balik titis-titis hujan yang jatuh, Allah membawa bahasa Cinta-Nya kepada manusia. Ini adalah ujian daripada-Nya, ujian untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia. Allah tidak zalim, malah Allah maha mengasihani."

Kata-kata semangat ikhlas daripada YDP GPMS Caw Khas KAYM Mohamad Syaifful Bin Azahar.













Friday 2 January 2015

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1436H PERINGKAT NEGERI MELAKA " PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA"

Sabtu
03 Januari 2015
Stadium Hang Tuah hingga Masjid Al - Azim 
Melaka

Alhamdulillah, sebelum bermulanya penulisan saya, bagi pihak kepimpinan GPMS Caw Khas KAYM dengan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga tahun baru ini dapat kita sama-sama memperjuangkan perjuangan GPMS dan mampu melahirkan program-program yang berlandaskan idea-idea dan matlamat perjuangan GPMS sendiri untuk bangsa, agama dan seterusnya Negara.

Syukur Alhamdulillah sekali lagi diucapkan kerana pada pembuka tahun 2015 kali ini GPMS Caw Khas KAYM telah terlibat dengan sebuah Program berbentuk Islamik iaitu program Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka. Semperna Maulidur Rasul yang disambut pada 3 Januari 2015 M bersamaan 12 Rabiul Awal 1436 H, GPMS Caw Khas KAYM sekali lagi mengucapkan tanda kesyukuran dan selawat atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Dengan ini marilah kita bersama-sama berselawat atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W:


Pada majlis yang dihadiri ribuan rakyat Melaka dengan penglibatan hampir 100 buah Kontingen daripada pelbagai latar belakang persatuan dan NGO telah berarak daripada Stadium Hang Tuah sehinggalah ke Masjid Al-Azim. Kontigen GPMS Caw Khas KAYM yang diketuai oleh YDP saudara Muhammad Syaifful Azahar telah melibatkan diri didalam perarakan dan telah bergabung dengan pihak Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang diketuai oleh YDP MPP saudara Mohamad Syawalruddin Bin Mohd Juhari. Segala perjalanan berjalan lancar tanpa berlakunya sebarang kemalangan atau kecederaan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang bertugas mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta atas komitmen yang telah diberikan sepanjang perarakan berlangsung.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh TYT Gabnur Negeri Melaka dengan dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Ir Idris Haron.