Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Friday 28 August 2015

JEMPUTAN MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPERNA HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2015M/1436H

27 Ogos 2015
Masjid Al-Azim 
Melaka

Semperna Bulan Kemerdekaan ke 58 Malaysia, pihak Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka telah menganjurkan sebuah Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil bertempat di Masjid Al-Azim, Melaka. Dengan kehadiran TYT Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Mohd Khalil Bin Yaakob, menjadikan majlis semperna bulan kemerdekaan itu mendapat sambutan rakyat Melaka dan Alhamdulillah, pihak penganjur telah menjemput GPMS Caw Khas KAYM untuk bersama-sama menghadiri bacaan yassin dan tahlil tersebut.

Semoga dengan bacaan yassin dan tahlil semperna hari kebangsaan itu boleh menjadikan Negara Malaysia khususnya Negeri Melaka menjadi harmoni dan bertambah maju seiring dengan kemajuan dunia serta menjadikan rakyat Malaysia bersatu padu dan sehati sejiwa dalam mempertahankan negara daripada segala dugaan.

#SEHATISEJIWA











Wednesday 26 August 2015

PROGRAM KESELAMATAN DAN ISU SEMASA SERTA MESYUARAT AGUNG GPMS NEGERI MELAKA 2015

21 Ogos 2015
 Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah S.W.T dengan apa yang telah direncanakan akhirnya berjalan dengan jayanya iaitu Program Keselamatan dan Isu Semasa Serta Mesyuarat Agung GPMS Melaka 2015 pada Jumaat yang lepas bertempat di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Program ini merupakan anjuran GPMS Negeri Melaka dan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka menjadi tuan rumah bagi program tersebut.

GPMS Negeri Melaka turut menjemput DSP Ismail Wongso bagi menerangkan tentang isu-isu semasa kepada para mahasiswa/wi yang turut menyertai program tersebut. Di samping itu, GPMS Negeri Melaka turut menjemput YB Datuk Hajah Mas Ermieyati Binti Samsudin selaku Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan bagi merasmikan penutupan Mesyuarat Agung GPMS Melaka 2015.