Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Monday 13 April 2015

KEM PEMBANGUNAN INSANIAH TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS

10, 11 & 12 April 2015
Sek Men Keb Telok Mas
Melaka

Alhamdulillah, segala apa yang telah direncanakan akhirnya berjaya berjalan dengan lancar iaitu Kem Pembangunan Insaniah pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas pada 10, 11 dan 12 April 2015. Program ini merupakan anjuran mahasiswa/wi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kaunseling) Unitar International University RC Melaka dengan kerjasama GPMS Caw Khas KAYM telah berkampung selama tiga hari dua malam. 

Idea Kem Pembangunan Insaniah ini tercetus daripada kejayaan kami dalam mengelola Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang lalu dimana ia telah mendapat maklum balas  positif daripada pihak Kolej terutamanya pihak Hal Ehwal Pelajar. Dengan usaha semua pihak terutamanya pihak SMK Telok Mas telah memudahkan segala urusan Kem sebelum dan semasa program berlangsung. Pengisian kem telah disusun secara rapi oleh mahasiswa/wi bakal guru kaunseling dengan LDK yang bersesuaian dengan pelajar tingkatan satu serta bantuan para fasilitator yang terlatih daripada pihak GPMS Caw Khas KAYM.