Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Wednesday 6 May 2015

MAJLIS PERKONGSIAN BEKAS PELAJAR PRA - U SMKTMI

6 Mei 2015
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar
Muar, Johor

Semperna orientasi pelajar Pra U di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar (SMKTMI), Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKTMI telah menganjurkan sebuah Majlis Perkongsian Ilmu Bekas Pelajar Pra - U SMKTMI dengan menjemput dua orang bekas pelajar Pra-U daripada GPMS Cawangan Khas Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Majlis yang melibatkan 78 pelajar Pra-U telah bersama-sama mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman yang disampaikan oleh Muhammad Syawalruddin iaitu Exco Khas GPMS KAYM dan Muhammad Saharudin iaitu Bendahari GPMS KAYM. Majlis berlangsung secara santai dengan banyak perkongsian dan sesi soal jawab dijalankan.

Program sebegini dilihat amat baik untuk membantu pelajar-pelajar selari dengan mukadimah GPMS iaitu meningkatkan darjat pengetahuan bangsa yang kini kian mundur. Sehubungan dengan itu, pucuk kepimpinan GPMS berharap lebih banyak program sebegini diadakan bagi membolehkan GPMS dekat dengan pelajar sekolah.