Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Wednesday 14 May 2014

TAKLIMAT BERSAMA AHLI BARU GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

14 Mei 2014
Bilik 519
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Taklimat selama 2 jam ini berlangsung di bilik 519 dimana hampir 20 orang pelajar semester 1 daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka menghadirkan diri kerana mahu terlibat dengan GPMS Caw Khas KAYM. Sebelum ini mereka sudah dipantau dan didedahkan secara tidak langsung sebelum mereka secara rasmi hari ini menjadi ahli GPMS sejurus tamat taklimat. Taklimat ini dihadiri kesemua ahli jawatankuasa GPMS dan Penasihat 3 GPMS iaitu Ustazah Masita Binti Sulaimi. Taklimat ini bermula pada pukul 2 petang sehingga 5 petang, dan diisi dengan pelbagai informasi mengenai GPMS.




Saturday 10 May 2014

JEMPUTAN KHAS GPMS CAW KHAS KAYM KE KARNIVAL BELIA JOM KE PUTRAJAYA

10 Mei 2014
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Jemputan khas daripada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir. Haji Idris Bin Haji Haron, dalam program Belia dimana seluruh gabungan Belia di sekitar Melaka berkumpul dalam sebuah Karnival yang dihadiri oleh seluruh warga Melaka. Turut dijemput barisan artis tempatan seperti Zamani (SLAM), W.A.R.I.S, Bandi (AMUK), M 7, Ali dan Abon Maharaja Lawak.


















WATIKAH PERLANTIKAN GPMS CAW KHAS KAYM DAN PERSATUAN MAHASISWA UNITAR MELAKA

8 Mei 2014
Dewan Kuliah 1
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Watikah yang berlangsung bagi mengiktifar dan menyerahkan amanah serta tanggungjawab kepada semua penerima watikah dari dua buah persatuan yang berbeza iaitu Persatuan Mahasiswa Unitar Melaka dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Caw Khas KAYM