Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Saturday 28 March 2015

KEM KEPIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD ISKANDAR

27 & 28 Mac 2015
Sek Men Keb Tengku Mahmud Iskandar
Serom, Ledang

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerna dengan izinnya GPMS Caw Khas KAYM melangkah setapak lagi kehadapan apabila menjalinkan kerjasama dengan pihak Bimbingan & Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar (STMI) yang rata-rata merupakan guru kaunseling berdaftar (CR) bagi menjalankan sebuah program berbentuk kepimpinan jati diri kepada pelajar yang bakal dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sek Men Keb Tengku Mahmud Iskandar. Kem yang diberi nama Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya ini telah dikendalikan hasil kerjasama pihak GPMS dan guru-guru STMI selama dua hari satu malam dan GPMS telah berkampung di STMI bersama-sama beberapa guru sebagai pemantau diketuai oleh Ustaz Fawzi, guru pendidikan agama di sana. 
Dengan penyediaan modul dan kesesuaian latihan didalam kumpulan, program ini dilihat berjaya meninggalkan impak kepada peserta. Kem kali ini mengfokuskan kepada jati diri dan tanggungjawab memegang amanah yang diberi selaku ciri utama PRS dan pihak sekolah juga melihat ianya sebagai satu program kerjasama yang berjaya.
Pelbagai aktiviti telah diselitkan didalam atucara diantaranya ialah Ice-Breaking, Explorace, Menara Impian, Malam Penghayatan, Junjungan Kehidupan, Mari Tuan Puan Dengar Ini Cerita dan macam-macam lagi. Kesemua LDK yang direncana melibatkan PRS dan telah mendapat sokongan penuh oleh pihak sekolah terutamanya Unit Bimbingan & Kaunseling bagi menjayakan semua LDK yang diatur didalam kertas kerja.
Majlis penutup telah dijayakan oleh Penolong Guru Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Mutalib dan pelbagai hadiah telah diberikan kepada pelajar, pihak sekolah dan pihak fasilitator.














































No comments:

Post a Comment