Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Thursday 26 February 2015

BENGKEL SEHARI PEMIMPIN KELAB DAN PERSATUAN ICYM

26 Feb 2015
Pulau D'Village
Masjid Tanah
Melaka

Seperti tahun-tahun kebiasaannya, bagi melahirkan pemimpin yang berdedikasi dan memiliki kemahiran pengurusan, pihak Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka telah menganjurkan sebuah bengkel iaitu Bengkel Sehari Pemimpin Kelab dan Persatuan pada 26 Feb 2015. Bengkel ini bertujuan memberi pengetahuan dan cara pengurusan yang teratur kepada pemimpin-pemimpin kelab dan persatuan yang berdaftar dibawah HEP. Seramai hampir 40 orang peserta dari pelbagai kelab dan persatuan diwajibkan menghadiri bengkel ini. GPMS Caw Khas KAYM turut menghantar empat wakil dalam bengkel tersebut. Bengkel ini dirasmikan sendiri oleh Encik Nawawi Bin Saad selaku Pengurus Besar Hal Ehwal Pelajar KAYM. Bengkel bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir dalam jam 4.30 petang. 



















Monday 2 February 2015

MISI BANTUAN PASKAR BANJIR PEKAN PAHANG

23 - 26 Januari 2014
Paloh Inai
Pekan Pahang


Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana telah berjaya menyertai dan menjayakan Misi Sukarelawan yang bertempat di Paloh Inai, Pekan Pahang pada 23 sehingga 26 Januari yang lalu. Misi berlangsung selama 4 hari 3 malam dengan disertai hampir 100 orang peserta dari Johor, Melaka dan Selangor. Seramai 40 orang wakil dari GPMS Caw Khas KAYM turut serta didalam misi bantuan banjir ini. Misi sukarelawan telah dirasmikan oleh Encik Kamal, Pengarah Misi Sukarelawan ini sendiri. Kesemua peserta yang terlibat telah ditempatkan di Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah Pekan Pahang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengecat, mencuci dan membersihkan kawasan sekitar Sekolah, Klinik dan Surau.