Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Monday 28 April 2014

PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN 2014/2015

28 April 2014
Bilik 108
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Perhimpunan Agung Tahunan ini menghimpunkan dan memperkenalkan ahli organisasi yang baru secara rasmi. Majlis berlangsung secara ringkas dan dihadiri oleh Pengerusi GPMS Negeri Melaka, En. Marwan Abu Kassim dan barisan mantan GPMS Caw Khas KAYM yang terdahulu. Laporan aktiviti tahunan telah dibentangkan oleh mantan Timbalan YDP saudara Muhammad Fais Bin Abd Kadir dan perbubaran telah di umumkan oleh mantan YDP saudara Ismail Bin Fadzil

















Sunday 6 April 2014

PROGRAM GAGASAN PERPADUAN

6 April 2014
Sri Ramakrishna Ashram
Tengkera
Melaka

Gagasan disini bermakna 'Persatuan Yang Bersepadu Berasaskan Konsep 1 Malaysia', dimana telah menggabungkan 3 golongan bangsa Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India didalam satu program. Ini bagi menyahut konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.